KENYATAAN-KENYATAAN YANG DI KELUARKAN OLEH PM MALAYSIA
1. Kenyataan Tun Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim : “Hukum rejam kepada penzina adalah primitive”.
2. Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1993 kepada para wartawan : “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.
3. Ucapan Tun Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor : “Saya nak tahu
siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang
jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan
melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum
itu nanti”.
4. Ucapan Tun Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan : “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.
5. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat
kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum
yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”
6. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik”.
7. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994 : “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”
8. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992 : “Apabila
hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada
pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini
sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna
sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
9. Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993 : “Pada
pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di
Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan”.
10. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994 : “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”
11. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”
12. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”
13. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”
14. Tun Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992 : “Bukan
kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam.
Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum
hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”
15. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991 : “Perlaksanaaan
hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak
boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong
tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan
Islam tidak dikenakan.”
16. Tun Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992 : “Jika
mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka
sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan
orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita
nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”
17. Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : “Kerajaan
Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara,
ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan
kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat
harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan
perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara
Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur
tanpa hukum itu.”
18. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992 : “Bagaimana
kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki?
Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya
sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini
yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”
19. Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio 3 Ibu Kota, 6 Mac 1994 : “Sebarang
undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras
dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”
20. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan
hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat
kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran
Islam.”
23. Tun Abdullah Ahmad Badawi 13/11/99 : “Apa erti negara Islam jika mundur”.
maka kita yang mengaku Allah tuhanku, Nabi Muhammad pesuruh Allah, Al-Quran panduanku, dengan ini hendaklah kita semua tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah, dan hendaklah mematuhi segala yang di suruh.....!!